Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yg terbaik. Mereka hanya membuat yg terbaik dalam hampir apa saja yg datang didalam hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yg menangis, mereka yg terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yg telah mencuba, hanya mereka yg boleh menghargai kepentingan manusia yg telah menyentuh hidup mereka.



Wednesday, 30 March 2011

Bila Allah swt Menduga Kita........(1.1)

~Kadangkala Dugaan Itu Terlalu Berat dan Datang Tanpa Diduga~
Kadangkala dugaan yang berat juga akan menimpa kita tanpa diduga. Diri kita seolah-olah tidak mampu untuk menanggungnya. Seperti langit yang runtuh menimpa kita, malah semua itu boleh membawa kepada penderitaan serta berputus asa dan kita rasakan hidup kita sudah berakhir sebelum masanya. Pernahkah anda mempunyai masalah hidup sehingga berasa berputus asa seperti itu? Mungkin anggota keluarga anda dirompak dan dibunuh dengan kejam. Anda tentu pernah membaca kisah yang menimpa seorang ibu di Ipoh, Perak bersama anak berusia 5tahun dan pembantunya. Mereka dibunuh secara kejam oleh penaguh dadah yang merompak rumah mereka. Keluarga tersebut tidak mempunyai musuh, bayangkanlah suami kepada mangsa tersebut tidak pernah membayangkan akan mengalami dugaan yang sebegitu berat iaitu sebaik pulang ke rumah dan mendapati isteri dan anaknya telah mati dibunuh.

~Kehilangan~
Terdapat banyak contoh masalah-masalah serius yang boleh menimpa seseorang itu tanpa diduda. Antaranya seorang lelaki Acheg yang meninggalkan keluarganya untuk menangkap ikan dilaut bersama rakannya yang lain. Dia pergi kelaut sehingga kapalnya benar-benar jauh di tengah laut. Seketika kemudian, tiba-tiba laut bergelombang kuat dan kapal mereka terumbang ambing, mereka merasakan ada ribut yang melanda dan mereka memutuskan untuk kembali ke pantai. Belum sempat mereka melakukan apa-apa, kelihatan satu ombak yang sangat besar dan tinggi sedang bergerak laju ke arah mereka. Tidak pernah sepanjang hidup mereka melihat ombak sebesar itu. Mereka berusaha menjaga keseimbangan kapal supaya tidak terbalik dari rempuhan itu, mereka bekerja keras selama beberapa minit hingga hampir kehilangan tenaga. Namun seketika keadaan mulai tenang dan mereka terus mengarahkan kapal mereka ke pantai. Tetapi laut sudah berubah menjadi keruh kecoklatan kerana bercampu tanah.
Saat menghampiri pantai, mereka berasa amat terkejut. Ya, itu memang bukan ribut. Acheh baru saja dilanda Tsunami yang hebat dan keadaan pantai yang berubah, rumah-rumah hancur berkecai. Kawasan pantai dan sekitarnya dipenuhi sampah, kapal-kapal di perlabuhan tunggang terbalik dan rosak malah perkampungan hampir ranap dan rata. Dia berjalan menuju kerumah dengan perasaan yang gundanh dan runsing memikirkan nasib anak dan isterinya, dia terpaksa berjalan dengan berhati-hati kerana jalan dipenuhi sampah dan sisa runtuhan bangunan. Akhirnya, apabila sampai di tapak rumahnya yang terletak bersebelahan masjid, dia tidak bertemu dengan isteri dan anak-anaknya yang telah hilang entah kemana. Dia terus mencari, hari berganti hari namun masih tidak bertemu. Lelaki itu mengalami ujian yang berat dimana kehilangan keluarganya. Perkara yang sama dialami oleh penduduk acheh yang lain yang masih terselamat. Mereka kehilangan harta, anggota keluarga, bahkan kehilangan jiwa mereka sendiri. Ratusan ribu orang menjadi korban Tsunami dan mayat-mayat bergelimpangan merata tempat. Bau busuk tersebar, ramai yang mengalami trauma berpanjangan dan ada juga yang menjadi gila kerana tidak dapat menerima ujian tersebut. Bencana alam yang paling bersejarah dan tragedi yang mendapat perhatian dunia antarabangsa. Bencana alam, malapetaka merupakan masalah hidup yang boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja tanpa di duga oleh manusia.
Persoalannya adakah lelaki tersebut mengetahui bahawa ujian besar sedang menanti ketika dia keluar menuju ke laut? Adakah masyarakat acheh sendiri membayangkan bahaya mereka akan mengalami bencana sedasyat itu dan kehilangan sebesar itu? Tiada siapa pun yang berupaya mengetahui perkara itu akan terjadi. Jika ada sesiapa yang tahu berkenaan bencana alam dan Tsunami tetapi bilakah masa yang tepat untuk bencana itu berlaku. Kebanyakan masyarakat acheh sendiri mungkin tidak pernah kenal perkataan tsunami sebelum peristiwa itu...............

1 comment:

  1. bagi penerima dugaan-

    be strong, the battle is not over yet!

    p/s-i pn ade jugak~~ haha

    ReplyDelete