Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yg terbaik. Mereka hanya membuat yg terbaik dalam hampir apa saja yg datang didalam hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yg menangis, mereka yg terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yg telah mencuba, hanya mereka yg boleh menghargai kepentingan manusia yg telah menyentuh hidup mereka.



Tuesday, 29 March 2011

Bila Allah swt Menduga Kita..........(Pendahuluan)

~Dugaan Hidup~
Pernahkah anda menghadapi masalah dalam hidup? Tiada seorang pun terkecuali dari menghadapi masalah, bezanya besar atau kecilnya masalah itu. Sejak lahir ke dunia, detik-detik pertama kehidupan, manusia sudah berhadapan dengan masalah. Bermula dari zaman kecil, kita berasa lapar dan dahaga tetapi tidak mampu mengambil makanan sendiri, kita ingin berkata sesuatu tetapi tidak mampu bersuara. Ketika memasuki alam persekolahan, kita menghadapi masalah dengan pembelajaran, peperiksaan, kawan-kawan serta guru-guru. Apabila usia meningkat remaja, perubahan-perubahan besar baik secara fizikal, mental, emosi mahupun sosial. Dorongan seksual juga muncul di saat kita belum bersedia untuk berkahwin. Kematangan diperlukan di mana kita masih menganggap diri kita masih kanak-kanak remaja. Ketika umur meningkat dewasa, kita dituntut untuk bekerja dan mencari nafkah, sementara dunia pekerjaan penuh dengan persaingan dan ekonomi dunia pula seperti mempermainkan kehidupan kita seolah-olah sebuah perahu kecil di tengah gelombang lautan. Ketika usia semakin tua, masalah masih setia mengekori kita. Kekuatan berganti kelemahan. Kepala yang dulunya berambut lebat, kini botak. Gigi mula tanggal. Berbagai penyakit mula menyerang anggota badan dan memanggil kita ke liang lahad. Walaupun kita telah meninggal dunia, masalah masih belum selesai. Kita akan dihisab dan setiap amalan akan dihitung. Sekiranya kita selamat dari azab seksaan dan dimasukan ke dalam syurga, barulah kita akan mendapat kebahagiaan yang abadi.
Oleh itu, kita tidak perlu lari atau menghindar dari masalah hidup. "Do not pray for easy lives" kata John F.Kennedy. " Pray to be stronger". Kadangkala masalah yang kita hadapi terlalu berat dan kadang kala terlalu memeranjatkan seperti gempa bumi dan ribut taufan. Adakah alasan untuk kita tidak jatuh? Bolehkah kita terus bertahan? mengapa ujian yang sukar mesti menimpa hidup kita?................

No comments:

Post a Comment