Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yg terbaik. Mereka hanya membuat yg terbaik dalam hampir apa saja yg datang didalam hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yg menangis, mereka yg terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yg telah mencuba, hanya mereka yg boleh menghargai kepentingan manusia yg telah menyentuh hidup mereka.



Sunday, 25 September 2011

~~26.09.2011~~

emmm pejam celik.... pejam celik.... raya pn da nk abes kn.... hehehe kite consider raya sebulan la ek.... mcm2 peristiwa je dh jd.... kantoi fb lah, bkn 1x.... 2x kot.... tp aku dh x wat dh.... kantoi psl ape, x yah cite pjg2 la kot kn.... 16hb aku dgn semua adik bradik tgk wayang cite katun, smpena nk bg adik bucuk ktorg rileks2 da abes UPSR n nk tgu UPSRA je lg.... 17hb pulak gi beraya umah man, umah kak manis n umah ku azlinda..... gi umah ku dgn suri sekeluarga, sambil tu nk lawat baby ku yg dh genap 1bln.... waaaa ku dh ada baby ke2 pn.... klo pikiokn benda mcm nii, aku rs mcm aku sorg je yg masih bujang, nk wat cane, jodoh x smpi lg... 18hb, kwn2 datang beraya kt umah.... suri, ajan, hakimi n baby syamil, kakde, amad n baby dorg, atiq yg dh nk sarat 8bln ngn zul.... x lupe kwn bujang iaitu ika n ikin..... epi la tgk kwn2 sume gumbira n bahagia.... dun wori turn aku pn akan tiba, cuma lmbt dr yg lain2 laa kn, x pe la....
haaaa yg paling best ialah majlis makan2 di opis pd 21hb n openhouse menara PJD pada 23hb.... openhouse ni tema filem P.Ramlee, so ramai la yg bergaya ala2 zaman dolu2.... heheh byk je gmbo niii..... jom menghayati sket....
ini je la stkt ni, nk upload gambo raya byk2 tp xde softcopy skrg pulok.....


Thursday, 4 August 2011

**Lirik Lagu Kisah Dongeng**

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Sunday, 22 May 2011

**Lirik Lagu Tangisan Marhaenis**

Bayang bayang khayal
Berteraskan iman
Terbang ke awan
Lewat angan-angan
Mengintai di lembah
Rindu bermula
Bukan hanya kata berperi
Adat berbudi nak berbalas budi
Kalau merajuk cinta tak sudi
Mana lagi nak menumpang kasih

Ranting-ranting hasad
Tak menghambat langkah
Kau yang merdeka
Pedih luka-luka
Kau jadikan lagu
Kisah hidup mu
Moga menjadi cermin insan
Buat pedoman dalam perjalanan
Guruh berdentum memanggil hujan
Isyarat ada petualang

Seni perkara yang terpaling
Halus atas dunia
Seni juga medan yang terutama
Mengasuh rindu
Melentur jiwa
Hingga sempurna
Biar nanti lalang yang bergoyang
Terlihat kau angin
Tangisan marhaenis
Kau dah faham
Tanpa kau menyusur air mata

Bukan hanya kata berperi
Adat berbudi nak berbalas budi
Guruh berdentum memanggil hujan
Isyarat ada petualang

Sunday, 24 April 2011

Mencari Pekerjaan Baru....

Haiiii, dah tiba masa untuk mencari pekerjaan baru...... 
Sesapa yang ada cadangan, sila post or comment kt sini ye...... 
Especially Emillia Aida n Atikah Ahmad.......
Pada masa yang sama, sy masih perlu fokus pada paper final 30.04.2011 ni.......
Dan presentation thesis1 pada 4.4.2011.......
Owhhhh kene apply cuti la time tuu sbb hari Rabu.......
Ingat ke hari Sabtu........

Bila Allah swt Menduga Kita.......(2.0)

~Apakah maksudnya?~
Ibnu Abud Dunya berkata,
Aku mendengar seorang lelaki yang banyak berpuasa dan kuat beribadah. Kemudian dia mendapat ujian yang sangat berat dan dia tersesat (tidak sabar) dalam menghadapi ujian itu. Dalam ketidaksabarannya itu dia berkata, "Dia (Alah swt) telah menimpakan kepadaku bermacam-macam bala dan bencana. Walaupun Dia memberiku Syurga Firdaus, syurga itu pun tidak seimbang dengan apa yang telah menimpaku." Kemudian dia berkata, "Apakah kiranya maksud dari ujian ini terhadapku? Jika Dia bermaksudkan agar aku mati saja, itu akan aku terima. Adapun jika Dia bermaksud hanya untuk penyeksaan, apakah maksugNya?"

Marilah kita renungkan sedalam-dalamnya apakah wajar untuk kita mempersoalkan apa yang telah Allah swt tetapkan atas diri kita, walaupun hal itu menyakitkan kita? Ya Allah, betapa daifnya kami kerana bersangka buruk terhadapMu, padahal Engkaulah Al-Rahman dan Al-Rahim.

Saturday, 16 April 2011

Bila Allah swt Menduga Kita.......(1.5)

~Jangan Khuatir~
Kita tidak perlu risau dengan ujian dan persoalan yang kadangkala datang dalam hidup kita kerana itu semua lumrah kehidupan. Mungkin wajar jika perasaan khuatir itu hadir ketika kita mengetahui sesuatu yang buruk terjadi, tetapi janganlah terlalu rungsing sehingga menggangu kehidupan kita. Ketika ujian tiba-tiba menimpa kita, jangan lalai dan lupa diri apabila mendapat kesenangan dan jangan berputus asa jika ditimpa dugaan.Bila sesuatu dugaan melanda, seberat manapun dugaan itu janganlah mengeluh dan menyalahkan sesiapa, kita perlu berlajar menerimanya dengan hati terbuka dan belajar menerimanya dengan penuh kesabaran dan keredhaan. Jangan kita menyalahkan Allah swt yang tekah menetapkan ujian itu dan jangan pula kita menyangka yang tidak baik terhadapNya kerana Allah swt lebih tahu rahsia disebalik dugaan tersebut. Kadang kala kita terlupa, sering mengeluh dan marah di atas kejadian menyakitkan yang menimpa diri kita.Betapa kita enggan menerima dugaan yang datang, sementara tidak menyedari nikmat yang ada jauh lebih banyak. Secara sedar atau tidak, kita sering berprasangka buruk terhadapNya. Apakah ini semua memberi kebaikan pada kita dan membuat keadaan kita lebih baik?

Bila Allah swt Menduga Kita.......(1.4)

~Hidup Ini Umpama Dua Permukaan Syiling~
Hidup kita umpama dua permukaan duit syiling yang mana satunya berupa dugaan manakala yang lainnya berupa nikmat dan apabila duit syiling dilambung ke udara, lalu jatuh kita tidak tahu sama ada kita mendapat muka atau ekor. Ada ketikanya kita ditimpa masalah yang tidak menyenangkan tapi pada waktu yang lain kita mendapat pula perkara yang positif dan menyenangkan. Kita tidak pernah tahu apa yang bakal terjadi di masa hadapan. Kita mesti tahu apa yang perlu kita lakukan di saat dugaan menimpa atau di saat menerima nikmat. Sedih atau Bahagia. Hidup ini umpama lembah dan bukit yang terhampar di hadapan kita, jalan yang naik dan turun. Hidup tidak pernah terlalu sempurna sehingga kita kita selalu berada di atas, tidak pernah terlalu sempurna sehingga menawarkan jalan yang rata tanpa lubang sama sekali. Namun, hidup juga tidak pernah terlalu buruk sehingga menenggelamkan seseorang terus menerus di dasar jurang kehidupan.
Kalau ada orang yang hidupnya terus melonjak naik dan tidak pernah jatuh, ini tidak bererti dia tidak diuji sama sekali. Boleh jadi keseronokan dan keuntungan itu lah yang menjadi ujian dalam hidupnya. Mungkin kejayaan itu melalaikan dan menghancurkan di saat-saat akhir. Orang yang naik terlalu tinggi juga boleh jatuh terhempas dan lebuh terasa sakitnya, kecuali ujian kesenangan itu tidak menjauhkan dirinya dari nilai-nilai hidup yang hakiki.