Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yg terbaik. Mereka hanya membuat yg terbaik dalam hampir apa saja yg datang didalam hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yg menangis, mereka yg terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yg telah mencuba, hanya mereka yg boleh menghargai kepentingan manusia yg telah menyentuh hidup mereka.



Sunday, 24 April 2011

Bila Allah swt Menduga Kita.......(2.0)

~Apakah maksudnya?~
Ibnu Abud Dunya berkata,
Aku mendengar seorang lelaki yang banyak berpuasa dan kuat beribadah. Kemudian dia mendapat ujian yang sangat berat dan dia tersesat (tidak sabar) dalam menghadapi ujian itu. Dalam ketidaksabarannya itu dia berkata, "Dia (Alah swt) telah menimpakan kepadaku bermacam-macam bala dan bencana. Walaupun Dia memberiku Syurga Firdaus, syurga itu pun tidak seimbang dengan apa yang telah menimpaku." Kemudian dia berkata, "Apakah kiranya maksud dari ujian ini terhadapku? Jika Dia bermaksudkan agar aku mati saja, itu akan aku terima. Adapun jika Dia bermaksud hanya untuk penyeksaan, apakah maksugNya?"

Marilah kita renungkan sedalam-dalamnya apakah wajar untuk kita mempersoalkan apa yang telah Allah swt tetapkan atas diri kita, walaupun hal itu menyakitkan kita? Ya Allah, betapa daifnya kami kerana bersangka buruk terhadapMu, padahal Engkaulah Al-Rahman dan Al-Rahim.

No comments:

Post a Comment