~Jangan Khuatir~
Kita tidak perlu risau dengan ujian dan persoalan yang kadangkala datang dalam hidup kita kerana itu semua lumrah kehidupan. Mungkin wajar jika perasaan khuatir itu hadir ketika kita mengetahui sesuatu yang buruk terjadi, tetapi janganlah terlalu rungsing sehingga menggangu kehidupan kita. Ketika ujian tiba-tiba menimpa kita, jangan lalai dan lupa diri apabila mendapat kesenangan dan jangan berputus asa jika ditimpa dugaan.Bila sesuatu dugaan melanda, seberat manapun dugaan itu janganlah mengeluh dan menyalahkan sesiapa, kita perlu berlajar menerimanya dengan hati terbuka dan belajar menerimanya dengan penuh kesabaran dan keredhaan. Jangan kita menyalahkan Allah swt yang tekah menetapkan ujian itu dan jangan pula kita menyangka yang tidak baik terhadapNya kerana Allah swt lebih tahu rahsia disebalik dugaan tersebut. Kadang kala kita terlupa, sering mengeluh dan marah di atas kejadian menyakitkan yang menimpa diri kita.Betapa kita enggan menerima dugaan yang datang, sementara tidak menyedari nikmat yang ada jauh lebih banyak. Secara sedar atau tidak, kita sering berprasangka buruk terhadapNya. Apakah ini semua memberi kebaikan pada kita dan membuat keadaan kita lebih baik?
No comments:
Post a Comment