Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yg terbaik. Mereka hanya membuat yg terbaik dalam hampir apa saja yg datang didalam hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yg menangis, mereka yg terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yg telah mencuba, hanya mereka yg boleh menghargai kepentingan manusia yg telah menyentuh hidup mereka.



Sunday, 3 April 2011

Bila Allah swt Menduga Kita....... (1.2)

~Kita Juga Tidak Pernah Tahu~

Kita pasti tidak tahu apa yang akan terjadi di masa akan datang? Ramai orang berkata, "Yesterday is history, tomorrow is mistery and today is a gift." Hari esok memang misteri kerana kita tidak tahu apa yang bakal terjadi. Ketika kita bangun pagi, kita tidak tahu apakah makanan yang kita makan hari ini akan menambahkan kadar kolestrol atau lemak dalam badan kita, atau mengandungi kadar toksin yang menyebabkab kesihatan kita terjejas dan saat meminum air jugak, kita tidak tahu apakah air itu benabenar bersih atau mengandungi racun yang jika diambil secara berterusan boleh merosakan buah pinggang.
Apabila kita keluar dari rumah dengan menaiki motor atau kereta, tentunya kita tidak dapat menjangkakan perjalanan kita akan selamat atau sebaliknya. Terdapat banyak kemungkinan samada kita akan terlibat dengan kemalangan atau pn kecelakaan lain. Ketika kita membaca surat khabar atau menonton berita di tv yang memaklumkan tentang kepesatan ekonomi, kita tentu tidak tahu apakah keadaan itu akan kekal atau tiba-tiba dunia dilanda krisis ekonomi yang serius, sedangkan kita tidak mempunyai simpanan dan persiapan lain untuk menghadapi situasi itu.
Kita juga tidak tahu bilakah malaikat maut akan datang menjemput, samada semasa tidur. Kita tidak pernah tahu apa yang terjadi di masa hadapan. Kita tidak tahu apakah dugaan hidup yang akan melanda samada kecil atau besar atau adakah dugaan itu berupa kesusahan mahupun kesenangan. Tetapi kita harus mempersiapkan diri menghadapi segala kemungkinan yang bakal tiba............

No comments:

Post a Comment