Terdapat banyak Hadis Rasulullah saw (yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain) yang menerangkan fadhilat-fadhilat ini. Diantaranya ialah :-
- Sesiapa yang sentiasa beramal membacanya pada setiap kali selepas solat, nescaya dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala amal orang-orang sidiqin iaitu syurga.
- Sesiapa yang membaca Ayat-Kursi ketika hendak tidur, nescaya Allah swt mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran-jirannya.
- Sesiapa yang membaca Ayat-Kursi sebanyak 170 kali pada waktu tengah malam kerana sesuatu hajat, InsyaAllah hajatnya akan berhasil.
- Sesiapa yang menemui halangan atau kesusahan dalam usaha mencari rezeki, bacalah Ayat-Kursi 170 kali, InsyaAllah akan terlepas dari kesusahan itu dan mudah rezekinya serta tercapai hajatnya.
- Sesiapa yang membaca Ayat-Kursi sebanyak 170 kali, diikuti dengan solat hajat di tengah malam pada tempat yang sunyi dan bersih, InsyaAllah akan berhasil hajatnya.
- Sesiapa yang naik marah, bacalah Ayat-Kursi, insyaAllah akan dijauhkan daripada syaitan yang memanaskan hatinya. Mereka yang rajin mengamalkan membaca Ayat-Kursi dapat dijauhi dari bala bencana dan gangguan syaitan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment