Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yg terbaik. Mereka hanya membuat yg terbaik dalam hampir apa saja yg datang didalam hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yg menangis, mereka yg terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yg telah mencuba, hanya mereka yg boleh menghargai kepentingan manusia yg telah menyentuh hidup mereka.



Monday, 30 April 2012

~~Intro~~

Hiii sume, x penah kn cite psl mknn kegemaran ke, cite psl mkn-mkn ke kn... Ok la, mula2 kne intro sket kn pe yg aku suka mkn... Aku rs aku nk klo bab mkn mmg susah sket, bkn la cerewet sgt tp byk mknn yg x leh lalu kt tekak nii.. Klo boleh pn ade msnya terkeluar balik... Cth mcm aku gi Sabah hujung thn lepas, last day tu biasa la wat mkn besar kt Salut... Mkn seafood, byk gak order penuh la 1 meja.. Aku pn mkn, byk x byk sume aku try laa.. Mlm tu je, aku startmuntah smpi la kt airport, termasuklah ms naik van nk gi airport... Huhuhu kn dh susah, x selesa kn.. Haaaaa mak aku kata, ko ni klo mkn merapu mst jd mcm ni.. So, aku pn rs lebih baik x pyh mkn dr muntah.. Cite lain, ms aku demam dlu aku penah rs nk mkn sotong tp bile gi beli rs mcm x leh nk telan laa.. Hahaha tp sbb mak aku dh tlg belikn, try gak la, tahan je dlm mulut tu n last 1x aku luah jgk tp blkg2 laaa... 

Senang cite perut aku ni makanan kampung yg simple tu ok laa.. Aku paling suka masakan yg ade kaitan ngn ikan bilis.. Mcm gorang wat sambal ikan bilis, kacang n tempe.. Aku suka jgk ikan masih potong kecik2 masak ngn cili padi... Ermm terliuq dh nii... Sambal sardin ke... Sayaur goreng biasa @ masak air ok jgk.. Mknn yg simple sgt kn, ade org x nk mkn pn tp ape leh wat, aku lg ade selera tgh mknn yg mcm tu.. Ok laa, susah2 pn aku kuat mkn.. Klo boleh hari2 buah tu kena ada, buah bagus tau tuk kesihatan.. Nnt klo ada gamba2 psl mkn aku upload kemudian k.. K, salam..

Sunday, 29 April 2012

~~Terapi Istighfar~~

Beristighfar sebenarnya melapangkan dada dan menenangkan jiwa. Ia juga salah satu dari amalan yang boleh mempercepatkan hajat dan diperkenankan segala permintaan. Beristighfar sebanyak 100 kali sehari akan menenangkan jiwa dan mendekatkan diri kepada Allah swt. Nabi saw sendiri pun tidak kurang dari 70 kali beristighfar setiap hari walaupun dosanya telah diampunkan. Istighfarnya bukanlah untuk pengampunan semata-mata tetapi lebih untuk menenangkan jiwa seterusnya mendekatkan diri dengan Allah swt. 

Kalimah istighfar yang bermaksud, "Aku meminta ampun kepadaMu Allah swt yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia yang Maha Hidup serta Maha Berdiri dengan sendiriNya dan aku bertaubat kepadaNya."

~~Lirik Lagu Terukir Di Bintang~~


Saturday, 28 April 2012

~~Terapi Zikir~~

Zikir (ingat kepada Allah swt) penenang jiwa. 

Terdapat satu penawar yang munjarab untuk menenteramkan hati. Di mana mengikut firman Allah swt di dalam surah Ar-Rad ::28 yang bermaksud "Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu tenang tenteramlah hati manusia" 

Zikrullah adalah bermaksud mengingati Allah swt seperti membaca Al-Quran iaitu menghayati maksud ayat-ayat tersebut. Selain daripada itu, kita juga boleh mengucapkan tahmid, tahlil, tasbih dan takbir. Ia boleh dilakukan secara lisan atau dalam hati kerana ia lebih ringkas. Sentiasalah berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw, mudah-mudahan kita sentiasa waras dan tenang. Alhamdulillah.

~~Terapi Berpuasa~~

Berpuasa juga merupakan terapi yang baik untuk mengubat hati yang kesunyian, sepi. Dengan berpuasa hati akan menjadi lebih tenang dan sukar bagi syaitan hendak menggoda manusia yang sedang bersedih & patah hati untuk bertindak melampaui batas.

Puasa dilihat sebagai pelindung dan penyembuh dari kekecewaan yang lahir dari hati yang jika tidak dibendung akan memberikan kesan yang tidak baik. Semua orang berkeinginan. Keinginan tetapi tidak berkesampaian mungkin akan mengakibatkan kecewa dan patah hati, oleh itu puasa adalah penawar kepada kekecewaan dan patah hati tersebut.

~~Air Mata~~

Rasulullah saw bersabda,
"Ada dua biji mata yang tidak disentuh api neraka, mata yang menangis pada waktu malam kerana takut kepada Allah swt dan mata yang menjaga pasukan fi sabilillah pada waktu malam."

"Antara tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah swt pada hari kiamat, 
seseorang yang berzikir secara bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt, 
maka bercucuranlah air matanya."

Antara air mata yang tidak dituntut :-
  • Janganlah menangis jika cita-citamu tidak tercapai. Bukankah Tuhan yang telah menentukannya?
  • Janganlah menangis ketika menonton filem hindustan. Bukankah itu cuma lakonan?
  • Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas. Mungkin dia bukanlah jodoh yang Tuhan telah tetapkan.
  • Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan. Mungkin kita kurang membuat persediaan.
  • Janganlah menangis kalau wang kita hilang dalam perjalanan. Mungkin kita kurang bersedekah.
  • Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat. Yakinlah, rezeki itu merupakan pemberian Tuhan.
Maka simpanlah semua air mata tangisan itu buat bekalan untuk menginsafi atas segala kesedihan yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah menggelapkan hati sehingga sukar untuk menerima hidayah daripada Allah swt.

Sekian.

Friday, 27 April 2012

~~Byr Bil Bulan Mei~~

Haaa 1x skala kite cite psl duit pulak kn... bulan ni paling masyukk aku wat pembayaran bil... rsnya mcm nk negatif dh duit niii... hehehe x lah, ade laa lg wat belanja... tp tenat2 pn next week nk gi Brunei!! aku nk spend sket je kt Brunei, dlm rm600, agak2 cukup x?? tukar duit sana dpt la Rm2++... huhuhu jadi laa.... Ok, skrg psl bil2 yg dh dibayo k... Rabu 25hb aku dh kuar duit sedebuk rm5,000 nk byr duit gi umrah, klo ikutkan rm 5,400 tp mak kesayangan dh belanja aku n akak sorg rm400... hehehhe lega skett... dlu nk booking dh kne rm300.. so, total pakej rm300... tp kira 5k yg melayang ni bukan duit gaji laa, duit ASB aku... huhuhu...
Bil kereta

Kite masuk bab duit gaji pulak, Khamis 26hb aku dh wat pembayaran :-
Duit Kete  = rm810
Duit Al Rajhi   = rm330
Duit Yuran Konvo = rm170
Injek Vaksin  =rm130
Bg Mak = .....
Total ni sume mcm tenat dh.... hahahha xpe la, ada la lg rezki kn... tp yg x dpt jwpn lg ni, gaji bersih naik dlm rm110, duit ape ye?? klo bulan2 lps ni pn sama amount, kire rezki la tu, sape nk bg... Alhamdulillah...

Bil KonVo


~~Monorel Titiwangsa~~

Ermmm nk tgk launching V-pier kt projek monorel kena la dtg selepas waktu operasi dorg, maknanya selepas pkl12 tgh mlm laaa... aku ada la pergi 1x pada 28 Mac yg lalu... bkn seronok2, utk tgk sndiri kerja2 yg dijalankan.. dpt tgk 1x pn dh ok, ilmu nii, X tgk lgsg x tau kn... proses dia lama jgk sbb nk ngejas btol2 kn smpi terletak di tpt yg spttnya... tgk gambo lah senang....

V pier akan dinaikkan ke atas column

Ejas btol2 bg kena dkt skru
Dh hampir selesai, mcm ni la rupanya

Selepas naikkan V pier ni, ada lg proses nk naikkan beam pulak atas V pier tu... tp kn aku dh xde gambo sbb aku dh balik, ngntokkkk... jam dh menunjukan pkl 3 pg....

~~Attachment at KTMB~~

Hehe cite dh nk basi ni br nk story kt sini.... 1mgu aku attachment dgn Bah. Urusan Jalan, KTMB, kira mcm menuntut sket la ilmu KTMB... mula 5 Mac sampi 9 Mac... Ringkasan program attachment aku :-

5hb - 8.00 pg  : Taklimat ringkas tentang Urusan Jalan KTMB
       - 2.00 ptg : Bertolak ke Gemas dengan menaiki keretapi dan tiba di Gemas pd jam 5ptg.
6hb - 8.00 pg : Bertolak dari Gemas ke Gua Musang dengan menaiki EM120
7hb - 8.00 pg : Meneruskan perjalanan dari Gua Musang ke Tumpat dengan menaiki EM120

Bersama EG di EM120

Check gauge secara manual






9hb - 8.00 pg : Melawat Depot Urusan Jalan di Shah Alam
         3.00 ptg : Melawat Pejabat Jurutera Wilayah Tengah di Jalan Ang Seng


Depot Urusan Jalan
Membuat point & crossing


Monday, 16 April 2012

~~Kursus Kahwin~~

Hiii sume.. Mcm lama je x update blog niii... Bz? Emmm sket la + malass... Ok nk story mory psl kursus kawen yg aku attend 14-15hb yg lps... Riso sebenanye takut aku gi kursus tu sndiri, huhu x sangka lak Eri dpt luangkan masa keje dia tuk gi kursus tu same2... Weee terharu gakk ooo, Alhamdulillah ada rezki lg nk gi sama2.. Secara keseluruhannya, kursus tu menarik laa.. Sume sesi menarik n aku paling suka sesi ustaz Aiffin, hahaha lawak gile... Aku rs cm muka nk kejang gelak spanjang ms.. Pandai gak ustaz2 ni wat lawak kn, ptt dowg yg gi masuk raja lawak... Hiii mmg terkenang2 kot.. Epi, disamping tu aku ngn eri pn smakin ok tau... Kami dh smakin menerima 1 sama lain kot.. Enjoy!!

Laaaa lupe lak nk ckp yg aku gi kursus kawen ngn pejabat agama daerah petaling... Sebelah JAIS je pn, aku dpt ilham ni sbb mmber aku Rahiyah penah gtau yg petaling nye ceramah best!! Ok laaa, abes bab tu... Aku pilih tarikh tu tuk kursus sbg nk igt tarikh ktorg couple 14hb April 2003.. Kire dh ulangtahun ke-9 pn.. Aku ada la belikan adiah kt Eri, merangkap adiah besday dia jgk, aku beli jam polo... Jgn salah phm, bkn la mahal sgt.. Kebetulan kt situ ada sale 70%, ok la kn, adiah x semestinya mahal kn... Yg penting ikhlass n yg aku epi Eri pilih sndiri jam tu.. Cikgu Dollah ktmb penah ckp yg nk beli brg kt laki beli ape yg dorg suka n nk bili tuk kita pn beli yg dorg suka... InsyaAllah aku igt, bkn sbb ape, aku rs ada gak betulnye... Ok la smpi sini dlu.. Esok2 aku nk cite psl result master aku lak.. Adios...