Zikir (ingat kepada Allah swt) penenang jiwa.
Terdapat satu penawar yang munjarab untuk menenteramkan hati. Di mana mengikut firman Allah swt di dalam surah Ar-Rad ::28 yang bermaksud "Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu tenang tenteramlah hati manusia"
Zikrullah adalah bermaksud mengingati Allah swt seperti membaca Al-Quran iaitu menghayati maksud ayat-ayat tersebut. Selain daripada itu, kita juga boleh mengucapkan tahmid, tahlil, tasbih dan takbir. Ia boleh dilakukan secara lisan atau dalam hati kerana ia lebih ringkas. Sentiasalah berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw, mudah-mudahan kita sentiasa waras dan tenang. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment